Kerajaan tetapkan syarat baru, isi petrol lebih 20 liter perlukan permit khas

Kerajaan tetapkan syarat baru isi petrol lebih 20 liter perlukan permit khas

Kerajaan tetapkan syarat baru, isi petrol lebih 20 liter perlukan permit khas. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata permit khas itu adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja.

Keperluan permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

“Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.

Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk melayakkan membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri.

“Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.

Kerajaan tetapkan syarat baru, isi petrol lebih 20 liter perlukan permit khas

“Hingga kini, antara pihak yang sudah mendapat permit khas daripada pihak kementerian adalah pengguna ‘forklift’, sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan media arus perdana berhubung larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas tanpa kebenaran, berkata peruntukan undang-undang Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen mengikut akta terbabit bagi membolehkan ia berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel.

“Antara syarat yang ditetapkan bawah lesen terbabit adalah mana-mana stesen minyak tidak dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol kecuali ia menggunakan tangki asal kenderaan berkenaan atau yang diluluskan oleh agensi berkaitan dan dijual kepada mana-mana pihak yang mendapat kebenaran daripada pihak KPDNHEP bawah peruntukan undang-undang AKB 1961,” katanya.

Semalam, satu portal berita melaporkan notis awam yang dikeluarkan kementerian itu melarang orang ramai membeli bahan bakar berkenaan menggunakan tong drum menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak.

Laporan itu antara lain menyatakan orang ramai tidak berpuas hati dengan keputusan KPDNHEP meregulasikan pembelian bahan bakar bersubsidi berkuat kuasa 17 Jun lalu kerana dikatakan tidak adil kepada nelayan dan pemotong rumput.

Alexander juga berkata, pihak yang mahu memohon permit khas boleh berbuat demikian melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian di portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran.

BACA:

Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut

Kerajaan sediakan pakej bantuan khusus untuk wanita, semak di sini

CATEGORIES