Kerajaan PN ramal ekonomi menguncup 4.5% pada tahun 2020 tetapi realitinya ialah 5.6% – Najib

Penguncupan ekonomi Malaysia yang dilaporkan BNM hari ini bertambah teruk untuk suku ke-4 tahun 2020 walaupun kerajaan PN kata ekonomi sudah mula memulih pada Suku ke-3 2020,

Akibatnya, sasaran dan andaian bajet 2020 dan bajet 2021 sudah jauh terlari daripada sasaran.

Kerajaan dan BNM ramal ekonomi menguncup 4.5% bagi tahun 2020 tetapi realitnya kadar penguncupan ialah 5.6%.

Saya percaya bahawa sasaran pertumbuhan positif dalam bajet 2021 bagi suku pertama 2021 juga akan salah.

Saya ramal KDNK akan terus negatif dengan kadar lebih tinggi untuk suku ini – iaitu antara negatif 3% hingga negatif 4%.

Dengan itu juga defisit serta nisbah hutang negara kepada KDNK kerajaan bagi tahun 2020 DAN bagi tahun 2021 juga perlu diperbaiki secepat mungkin agar undang-undang had limit negara tidak dilanggar dan kita tidak diturunkan penarafan kredit sekali lagi..

Namun seperti biasa, saya lebih tertarik dengan data bagi kadar pertumbuhan “Pembentukan modal tetap kasar (PMTK)” – atau pelaburan dalam kilang baru, mesin baru atau premis perniagaan baru.

Di dalam mana-mana laporan ekonomi, inilah tumpuan utama saya.

Sebab itu, saya sudah beberapa kali memetik PMTK ini yang terun memanjang dalam posting FB saya sejak Gagalkrasi PH bermula.

PMTK ini mengukur jumlah pelaburan modal tetap yang telah direalisasikan bagi semua jenis pelabur – kerajaan, swasta domestik atau asing.

(Yang kerajaan PH dulu sering puji diri berhubung kenaikan pelaburan baru diluluskan boleh diketepikan sebab itu hanya diluluskan tapi tidak direalisasikan. Atas kertas saja.)

PMTK ini memainkan peranan yang paling signifikan dalam menjana pertumbuhan negara dan pekerjaan baru pada masa akan datang. Pengurangan dalam pelaburan menyebabkan kapasiti pengeluaran yang lebih rendah pada masa hadapan dan seterusnya memberi kesan kepada output potensi.

Sejak PH mengambil alih kerajaan sehingga ke kini, PMTK ini semakin merosot dan menjadi negatif sejak awal tahun 2019 sehingga kini.

Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) juga faham peranan penting PMTK dan telah memberi amaran bagi dua suku berturut-turut.

Ini bermakna prestasi pertumbuhan KDNK, eksport bagi sektor pembuatan dan penjanaan pekerjaan baru bagi tahun-tahun mendatang tidak begitu menyakinkan.

Jika angka PMTK ini tidak memulih secepat mungkin maka masa depan ekonomi negara akan terus malap.

PMTK sudah menjadi negatif bagi 8 suku tahun berturut-turut – tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Namun peluang PMTK menjadi positif semula dalam suku pertama dan kedua 2021 ini agak rendah sebab pelabur-pelabur akan kurang melabur ketika negara dalam keadaan lockdown atau darurat.

Sumber :