Kerajaan PN paling banyak beri bantuan tunai kepada rakyat, kata MP Pas

Kerajaan PN paling banyak beri bantuan tunai kepada rakyat, kata MP Pas

Kerajaan PN paling banyak beri bantuan tunai kepada rakyat, kata MP Pas.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang paling banyak memberi bantuan tunai kepada rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, sejak 64 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, tiada kerajaan yang memperuntukkan bantuan tunai sebanyak dan sekerap kerajaan PN.

“Suka atau tidak, (sebenarnya) kerajaan hari ini telah memberikan bantuan tunai terbanyak buat rakyat Malaysia, itu kita akui.

“Sejak 64 tahun kita menjadi sebuah negara yang merdeka, kita pernah berdepan dengan Kegawatan Ekonomi Global, kemudian kegawatan hebat pada 1997 dan 1998, Krisis Kewangan Asia pada 2008 dan 2009, ini kita berdepan dengan kegawatan ekonomi global.

Kerajaan PN

“Tak pernah kerajaan peruntuk bantuan tunai sebanyak dan sekerap yang diusahakan oleh PN hari ini.

“Beribu orang hilang pekerjaan 1997 hingga 1999, berulang lagi 2008 dan 2009. Tetapi pada sekali yang kecil berbanding 90-an tempoh hari

“Tetapi bantuan yang diberikan peruntukan pada masa itu tidak sekerap pada masa ini, pada kali ini.

“Tahun ini kita ada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, Bantuan Khas Covid-19, kita ada bantuan bagi yang kehilangan pekerjaan, RM500 tunai yang diberikan pada Oktober tahun lalu.

“Pengeluaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), i-Citra sebanyak RM5,000, begitu juga moratorium yang diumumkan.

“Sebenarnya sudah banyak yang diumumkan kerajaan untuk membantu rakyat, tetapi realitinya ia tidak belum cukup untuk cover 100 peratus kehilangan yang dialami rakyat

“Secara realitinya, saya kira tidak ada negara di dunia ini yang boleh cover 100 peratus kehilangan pendapatan yang dialami oleh rakyat,” ujarnya dalam Webinar Wajah Kemiskinan, anjuran Institut Masa Depan Negara, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap agar Webinar Wajah Kemiskinan itu dapat membincangkan langkah jangka masa panjang dan pendek bagi membasmi isu kemiskinan di dalam negara.

Beliau juga berharap webinar tersebut dapat merangka kemahiran yang boleh diperuntukkan kepada generasi muda kerana ia diyakini dapat menawarkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Saya pasti pada kali ini bahawa peluang pekerjaan akan lebih tertempu kepada mereka yang memiliki kemahiran, upskilling, skill dan sebagainya

“Isu-isu seperti ini paling tidak dalam jangka masa panjang akan dapat membasmi kemiskinan

“Dan bagaimana nak create program yang memberikan kail kepada rakyat, bukan memberi ikan semata-mata.

“Contohnya Program Bakul Makanan, ia bagus, tetapi ia lebih kepada memberikan ikan, ia tidak memberikan kail.

“Jadi bagaimana hendak beri kail kepada masyarakat dan sebagaimana kita nak wujudkan satu environment untk menggalakkan masyarakat sertai IKS (Industri Kecil Sederhana) seterusnya memasarkan produk sendiri bagi membantu ekonomi mereka,” ujarnya.

Berita Penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/06/bantuan-tunai-terbanyak-sepanjang-64-tahun-merdeka/

BACA JUGA : Gempar !!! Umno tinggal satu ‘step’ lagi sebelum keluar kerajaan PN