Kerajaan denda RM100,000 jika tekan hon kereta..

Kerajaan denda RM100000 jika tekan hon kereta

Kerajaan denda RM100,000 jika tekan hon kereta.. Pemandu di Britain kini boleh dikenakan denda sehingga £20,000 (RM107,348) sekiranya mereka membunyikan hon dalam kawasan yang tidak bersesuaian, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pemandu yang menekan hon dengan cuai semasa berada di kesesakan lalu lintas akan dedenda sebanyak £30 (RM161) dan jika melakukannya secara berterusan, mereka akan dikenakan denda sehingga £1,000 (RM5,367).

Denda baharu itu ditetapkan mengikut peraturan 112 Kod Lebuhraya. Sekiranya membunyikan hon di premis-premis komersial, pemandu boleh dikenakan denda sehingga £20,000 (RM107,348).

“Hon hanya boleh digunakan apabila kenderaan anda bergerak tetapi mahu memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain tentang kehadiran anda. Jangan sesekali membunyikan hon anda secara agresif.

“Anda tidak boleh mengguna hon semasa tidak memandu di jalan raya atau di kawasan bangunan antara 11.30 malam hingga 7 pagi (waktu tempatan) kecuali pengguna jalan raya lain mendatangkan bahaya,’’ demikian menurut undang-undang berkenaan.

Kerajaan denda RM100,000 jika tekan hon kereta..

Sebelum ini, majlis perbandaran dilaporkan boleh mengenakan denda jika pemandu melakukan kesalahan kecil mulai akhir bulan ini.

Majlis tempatan yang sama kini mempunyai kuasa untuk mendenda pemandu yang membunyikan hon dengan berlebihan di bawah undang-undang pencemaran bunyi.

BACA:

The Simpsons jangka banjir besar landa KL dalam masa terdekat, 120 terkorban

Selangor umum saringan kesihatan percuma untuk rakyatnya, ini butirannya

Lelaki dedah rahsia buat swimming pool di rumah dengan kos murah, jimat duit!

CATEGORIES