Kerajaan dan PH meterai MoU, gencatan politik hingga PRU15

Oleh MHDAILY

Kerajaan diterajui Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman (MoU) esok.

Menerusi kenyataan bersama wakil kerajaan dan PH yang dikeluarkan malam ini, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik itu akan ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua parti dalam PH di Dewan Bankuet, Parlimen pada jam 5 petang, esok.

Baca Artikel Penuh