Kerajaan benarkan arak ‘Timah’ terus dijual, minta tukar nama dan label

Oleh MHDAILY

Kerajaan benarkan arak ‘Timah’ terus dijual, minta tukar nama dan label. Syarikat pengeluar arak jenama ‘Timah’ iaitu Winepark Corpration (M) Sdn. Bhd. bersedia pertimbang menukar nama dan imej pada label produk namun memohon tempoh seminggu bagi melalui proses syarikat mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, melalui perbincangan secara hybrid, syarikat itu telah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej.

Katanya, perkara itu adalah antara hasil keputusan yang telah dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan melalui suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kerajaan benarkan arak 'Timah' terus dijual, minta tukar nama dan label

“Pertemuan ini adalah susulan pertemuan pertama yang telah diadakan antara syarikat berkenaan bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 25 Oktober lalu.

“Usaha ini menunjukkan kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama Timah pada sebuah produk arak keluaran tempatan yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak ia dilancarkan pada awal Oktober lalu sebelum satu mesyuarat diadakan dengan melibatkan beberapa menteri dan agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexander berkata, KPDNHEP melalui MyIPO akan menambah baik prosedur yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya isu yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Kerajaan benarkan arak 'Timah' terus dijual, minta tukar nama dan label

Katanya, semua pihak diharapkan dapat memahami serta memberi peluang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.

“Dalam mesyuarat itu, saya sendiri mempengerusikannya dengan disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Selain itu, turut hadir Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid Abu Salim dan Ketua Pengarah MyIPO, Abdul Haris Lakar serta wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan isu pengeluaran arak itu menjadi kontroversi berikutan namanya dilihat berkait dengan nama orang Melayu dan Islam, iaitu ‘Fatimah’ bagaimanapun syarikat pengeluar mendakwa ia merujuk kepada bijih timah.

Susulan itu juga, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor menggesa kerajaan mengarahkan syarikat pengeluar arak itu segera menukar jenama Timah berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni antara kaum di negara ini.

BACA JUGA : Rauf dakwa Idris dipermainkan DAP, akhirnya Idris Haron buka mulut
BACA JUGA : Gempar !!! Pesawat Israel berjaya mendarat di tanah Arab Saudi buat kali pertama dalam sejarah
BACA JUGA : Panas !!! Ulamak Pas ‘sound’ Pemuda Umno, usah berlagak sombong