Kerajaan akan tukar waktu mula sekolah pukul 8 pagi?

Oleh MHDAILY

Kerajaan akan tukar waktu mula sekolah pukul 8 pagi?. Saranan untuk menganjakkan waktu mula sesi persekolahan dari 7.30 ke 8 pagi menerima pelbagai reaksi kerana walaupun ia dianggap sebagai syor yang baik namun masih mendatangkan implikasi lain.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (Kongres), Jasni Md Kechik, berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut kerana ia mampu memberi manfaat kepada semua daripada pelbagai aspek.

Menurut beliau, sesi persekolahan kini yang bermula seawal 7.30 pagi membuat semua pihak terburu-buru terutama guru dan ibu bapa kerana perlu menghantar anak lebih awal untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas semasa perjalanan ke tempat kerja.

Baca Artikel Penuh