Keputusan Zii Jia beri tamparan besar kepada negara

Oleh MHDAILY

Keputusan Zii Jia beri tamparan besar kepada negara. Skuad badminton negara menerima tamparan hebat menjelang Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bermula 28 Julai hingga 8 Ogos depan selepas jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia mengesahkan dia menarik diri daripada temasya berkenaan.

Pemain nombor lima dunia itu, berkata keputusan berkenaan dibuat bagi membolehkan dia memberikan fokus yang lebih terhadap persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun, yang berlangsung 22 hingga 28 Ogos.

Katanya, ia adalah keputusan yang sukar memandangkan mewakili Malaysia di Sukan Komanwel adalah salah satu daripada impiannya sebagai pemain badminton negara.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Keputusan ini dibuat disebabkan faktor keadaan tubuh badan saya selepas beraksi dalam banyak kejohanan berturut-turut. Dengan keadaan sekarang, saya tidak cukup rehat.

Keputusan Zii Jia beri tamparan besar kepada negara

“Saya perlu memilih antara Sukan Komanwel dengan Kejohanan Dunia. Saya juga mengadakan perbincangan berpasukan pasukan saya dan kami putuskan untuk memberi fokus yang lebih kepada Kejohanan Dunia,” kata Zii Jia menerusi rakaman video yang dimuat naik di Twitter Astro Arena.

Zii Jia berkata dia ketika ini sedang cuba sedaya upaya untuk memastikan dia berada keadaan terbaik bagi beraksi di Terbuka Malaysia yang akan bermula 28 Jun hingga 3 Julai ini dan Masters Malaysia 5 hingga 10 Julai.

Juara Asia itu baru sahaja pulang dari Jakarta, Isnin lalu selepas mengharungi dua kejohanan berturut-turut – Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia.

Di Masters Indonesia dia mara sehingga suku akhir manakala Terbuka Indonesia menyaksikan dia terkandas di separuh akhir.

BACA:

Tular gambar anak cium pipi Yasin, lepas rindu jumpa bapa di mahkamah

Ismail Leon tanya mana bapanya, netizen terkejut dengar jawapan Rihana Oksana