Keputusan henti vaksinasi di klinik swasta tak ikut nasihat diberi

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan untuk menghentikan vaksinasi di klinik swasta bertentangan dengan nasihat diberikannya.

Noor Hisham berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian doktor swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Noor Hisham berkata keputusan menghentikan vaksinasi di klinik swasta “bertentangan dengan cadangan saya untuk menambah penyertaan klinik swasta.”

Tambahnya, beliau telah melawat klinik-klinik terbabit dan berpuas hati dengan pencapaian mereka.

Terdahulu hari ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan rasa bingung kenapa Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) baru-baru ini membatalkan janji temu di 741 klinik swasta, hospital swasta dan klinik bergerak di Selangor.

vaksin vaksinasi

Dalam catatan di Twitter, Santiago menyoal Noor Hisham kenapa janji temu berkenaan dibatalkan, selain penutupan pusat pemberian vaksin yang amat diperlukan di Lembah Klang.

“Adakah kita berdepan kekurangan bekalan vaksin? Atau adakah memang salah perancangan seperti biasa,” soalnya sambil turut ‘tag’ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataannya, Presiden MMA Dr Subramaniam Muniandy berkata 741 doktor swasta itu hanya diberi notis 48 jam oleh CITF untuk menghentikan operasi.

Subramaniam berkata orang ramai lebih mudah pergi ke klinik swasta kerana lebih dekat selain kurang sesak.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/22/bukan-saya-nasihatkan-henti-vaksinasi-di-klinik-swasta-kata-noor-hisham/

 

BACA JUGA :

Netizen berang dengan gelagat pemandu van ini…..

Beli makanan pakai gelang pink, Polis kenalpasti individu terlibat

Keberkesanan vaksin Pfizer dilapor lebih cepat merosot berbanding Astrazeneca

CATEGORIES