Kepala kanak-kanak perempuan tersangkut di siling rumah

Kepala

Kepala kanak-kanak perempuan tersangkut di siling rumah. Sepasang ibu bapa digemparkan dengan penemuan ‘bebola rambut’ yang mengerikan di siling rumah mereka, seperti dalam filem seram.

Bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan insiden kepala anak mereka yang tersangkut di sebuah lubang di lantai ruang tamu di tingkat pertama kediaman mereka.

Insiden menggemparkan itu berlaku di Puding di wilayah Guizhou, China, pada Jumaat.

Lubang berkeluasan lapan inci itu dibuat untuk sistem kipas pengudaraan yang akan dipasang antara dua aras kediaman tersebut.

Keadaan kepala mangsa yang tersangkut dari lantai di tingkat satu.

Kepala

Namun, kejadian malang menimpa kanak-kanak perempuan tersebut yang bertindak memasukkan kepalanya di lubang, sebelum menyedari kepalanya tersangkut di sudut bilik.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian menemui kepala yang ‘menyeramkan’ dengan rambut panjang kelihatan tergantung ke bawah, di siling.

Seorang anggota cuba menolak kepala kanak-kanak itu dari tingkat bawah, sementara yang lain memegangnya dari tingkat satu.

Pada mulanya mereka menggunakan playar untuk melebarkan lubang, tetapi cubaan tersebut gagal.

kepala tersangkut 3

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. foto Weibo/China Fire Brigade

Mereka kemudian meletakkan minyak sayuran di kepala kanak-kanak itu sebelum ia berjaya dikeluarkan.

Pasukan bomba mengambil masa kir-akira 40 minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersangkut.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan ibu bapanya mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/08/30/ibarat-filem-seram-kepala-kanak-kanak-perempuan-tersangkut-di-siling

BACA: Tulisan “Lets together light tomorrow with today” Timb Menteri cetus perbahasan

CATEGORIES