Kenderaan lawan arus di lebuhraya MEX undang bahaya. Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam kru.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan terbabit telah melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat Seri Kembangan.
“Hasil semakan CCTV di Plaza Tol Mex Seri Kembangan mendapati suspek telah memandu berlawanan arus bermula dari kawasan R&R Seri Kembangan di mana suspek didapati keluar dari R&R tersebut.
“Semakan di Plaza Tol Putrajaya dan R&R Seri Kembangan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan ringkas
Ujarnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu selepas rakaman video kenderaan terbabit tular di laman media sosial.
Kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
[TERKINI] Sebuah kenderaan melawan arus di Lebuhraya MEX sebentar tadi.
Hati-hati kpd semua pemandu!
Video dirakam krew Awani sebentar tadi. Maklumat lanjut menyusul @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/qQojkG7krY
— Fareez Azman (@FareezAzmann) September 4, 2021
Terdahulu, kru Astro AWANI dalam perjalanan dari Banting ke Kuala Lumpur sempat merakam detik kenderaan jenis Perodua Myvi itu melawan arus
Video berdurasi 19 saat itu dirakam jurukamera Astro AWANI, R Sujenthiran kira-kira jam 11.10 pagi.
Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-sedang-kesan-kenderaan-lawan-arus-di-lebuhraya-mex-317893