Kenapa orang tua pesan kalau baring jangan angkat kaki, ini rahsia disebalik pantang orang tua

Kenapa orang tua pesan kalau baring jangan angkat kaki, ini rahsia disebalik pantang orang tua

“Baring Jangan Angkat Kaki, Nanti…”, Kongsi Pantang Larang Dulu Kala, Netizen Imbau Nostalgia Kanak-kanak

Pernah tak masa-masa kita kecil dahulu, tiba-tiba golongan berusia menegah kita daripada melakukan sesuatu perkara atas sebab-sebab tertentu?

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kenapa orang tua pesan kalau baring jangan angkat kaki, ini rahsia disebalik pantang orang tua

Biasanya, tegahan itu datang dalam bentuk pantang larang yang mungkin kedengaran aneh jika difikirkan sekarang.

Tak kira apa pun bangsa anda, semua pasti mendengar pelbagai bentu pantang larang yang selalunya dikaitkan dengan ‘orang tua dulu-dulu’.

Pantang larang tersebut boleh datang dalam pelbagai bentuk dan spesifik untuk peristiwa tertentu. Misalnya, ketika duduk, jangan duduk atas bantal kerana dikhuatiri terkena bisul.

Jika di dapur pula, jangan menyanyi, nanti kahwin lambat. Manakala, ketika berbaring mana-mana, jangan mengangkat kaki kerana takut nanti ibu meninggal dunia.

Walaupun tiada perkaitan antara larangan dengan kesan jika melanggar larangan tersebut, namun rata-ratanya kita hanya mengikuti sahaja pantang larang tersebut.

Apatah lagi, pantang larang tersebut jika diteliti sebenarnya adalah satu nasihat, antara lain untuk mendidik seseorang menjadi lebih beradab dan sopan.

Pantang larang selalu di dengar zaman kanak-kanak

Sungguh pun bagitu, seiring beredarnya zaman, pantang larang ini sedikit demi sedikit kian dilupakan. Jadi, Siakap Keli baru-baru ini ada bertanya soalan kepada netizen bagi mengimbau nostalgia pantang larang dulu-dulu.

“‘Jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin lambat’. Apa lagi pantang-larang dulu-dulu yang korang ingat. Sila tambah,”

Dalam status berkenaan, beberapa pengguna Facebook telah berkongsi beberapa pantang larang yang pernah mereka dengar.

Tidak boleh menunding jari pada pelangi, nanti jari kudung
Pantang larang tersebut telah dikongsi oleh pengguna Facebook Dayang Ku Aida. Seram kan? Akan tetapi, jika difikirkan secara logik, bagaimana pelangi boleh menyebabkan jari kudung?

Apatah lagi, pelangi hanyalah fenomena biasan cahaya matahari yang berlaku akibat titisan air hujan.

Terdapat pelbagai justifikasi di sebalik penciptaan pantang larang. Ada yang berpendapat pantang larang ini bertujuan untuk melarang kanak-kanak keluar daripada rumah ketika hujan. Ini kerana hujan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Ada juga yang berpendapat bahawa pantang larang ini untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi biadab. Umumya, perbuatan menuding jari secara agresif dikatakan kurang santun dalam konteks masyarakat di Asia.

Apabila tercium bau wangi pada waktu malam, jangan tegur
Pantang larang ini merupakan antara yang paling popular dan dipercayai ramai pihak. Menurut pantang larang ini, bau wangi pada waktu malam, lagi-lagi bau bunga seringkali dikaitkan dengan aktiviti paranormal.

Sekali lagi, pantang larang ini turut menyebabkan bulu roma meremangkan. Malah, pantang larang ini juga turut berkembang dan menjadi plot tipikal yang boleh dijangka dalam filem-filem seram.

Namun, sejauh manakah bau wangi pada waktu malam ini dikaitkan dengan kehadiran mahkluk mistik.

Sebelum ini, Malaysia turut digemparkan dengan berita bau harum bunga pada waktu malam yang menjadi perbualan warga maya.

Ramai yang mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti paranormal. Namun, sebahagian netizen mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Bau wangi tersebut dikatakan berpunca daripada fenomena ‘full moon’, yang mana bunga-bunga sedang berada dalam fasa ‘peak blooming.

Ia sekaligus menyebabkan bunga-buanga itu membebaskan bau harum yang dihidu manusia pada waktu malam.

Jangan duduk atas bantal nanti bisul
Ini merupakan antara pantang larang yang sering digunakan golongan berusia untuk ‘menakutkan’ golongan yang muda.

Bukan setakat marah, siap pakej jegil mata sekali. Disebabkan tak nak ada bisul pada bahagian tersebut, jadi kita memang mengelak daripada duduk di atas bantal.

Kita mungkin tidak memahami perkaitan duduk atas bantal dengan bisul, namun pantang larang ini mungkin kerana ingin mengajar kita tentang adab.

Jika difikirkan, tidak ramai yang mampu membeli sofa yang mahal-mahal suatu ketika dahulu. Jadi, mungkin ada kanak-kanak yang menjadikan bantal sebagai alas supaya dapat duduk dengan lebih selesa.

Namun begitu, kita mengetahui fungsi sebenar bantal adalah sebagai alas kepada ketika tidur. Justeru, menjadikan bantal sebagai alas tempat duduk mungkin kurang sesuai dan dianggap kurang sopan.

Jika dilihat dari sudut falsafah, bantal digunakan untuk melapik bahagian kepala dan kepala manusia yang dianggap bahagian yang paling mulia.

Maka, tidak wajarlah jika bantal yang digunakan untuk melapik kepala diletak pada bahagian punggung yang dikaitkan dengan aktiviti ‘tidak suci’ seperti berak.

pantang larang nenek moyang
Kredit: Japan ObjectsMenarik kan semua pantang larang ini? Walaupun justifikasi dia selalunya pelik-pelik dan tidak masuk akal, rupanya ia melambangkan kebijaksanaan masyarakat dahulu untuk memberikan nasihat secara berkesan.