Kenapa kalau kita nombor bebas tol pun kena caj? Rupanya ini sebabnya

Kenapa kalau kita nombor bebas tol pun kena caj? Rupanya ini sebabnya

MALAYSIA mengalami perubahan serta peningkatan dalam era teknologi maklumat selepas pandemik Covid-19 dan juga perubahan kerajaan.

Ini termasuk ketersediaan perkhidmatan mudah alih untuk syarikat dan pengguna individu dalam negara.

Kenapa kalau kita nombor bebas tol pun kena caj? Rupanya ini sebabnya

Syarikat telekomunikasi (telco) bekerjasama dengan kerajaan bagi menawarkan pelan terbaik kepada seluruh rakyat

Dengan fleksibiliti pelan panggilan dan data internet mengikut kemampuan, keutamaan untuk bekerja dari rumah mahupun komunikasi tanpa batasan waktu dan kelajuan.

Namun, apa yang mendukacitakan, tidak semua perkhidmatan disediakan membantu rakyat yang juga merupakan pelanggan.

Sebagai contoh, ada dalam kalangan pembekal perkhidmatan menawarkan panggilan khidmat pelanggan menggunakan nombor bebas tol seperti 1800, 100 dan juga panggilan kadar tempatan seperti 1300.

Walaupun merupakan nombor telefon domestik tetapi tidak termasuk pelan panggilan tanpa had.

Walaupun ada berpendapat ia perkara agak remeh kerana jarang sekali menggunakan perkhidmatan tersebut tetapi jika diteliti, penawar perkhidmatan terlibat mempunyai ramai pelanggan seperti institusi perbankan dan syarikat insurans.

Sebagai pengguna yang berhadapan (mungkin) masalah kewangan dan ingin menghubungi bank untuk bantuan, mereka terpaksa membayar caj tambahan untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan dengan panggilan tersebut dicaj setiap minit.

Ini memberi kesan kerana kebarangkalian untuk dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan bagi lima minit pertama adalah tipis.

Justeru, sebagai pengguna, saya menyeru Kementerian Komunikasi dan Digital meneliti perkara ini dalam membantu meningkatkan prestasi komunikasi

serta meringkaskan dan memudahkan sistem komunikasi dengan menyelaraskan kembali nombor perkhidmatan pelanggan untuk servis perbankan, insurans atau takaful.

M. HAMZANI
Selangor

BACA: Nekad nak bertanding calon Bebas PRN, rupanya ini niat sebenar Baby Shima