‘Kenapa harus malu dengan Payudara kecil?’ – Pelakon Black Widow

‘Kenapa harus malu dengan Payudara kecil?’ – Pelakon Black Widow. Penampilan pelakon filem Black Widow, Florence Pugh di pertunjukan fesyen Valentino Haute Couture Fall-Winter 2022/2023 di Rom, Itali, baru-baru ini telah memicu kontroversi.

Pugh, 26, muncul dalam persalinan gaun merah jambu yang transparen hingga menampakkan payudaranya dikritik segelintir pengguna media sosial.

Enggan berdiam diri, Pugh kemudiannya tampil membidas semula komen-komen negatif warganet dan menegaskan dirinya selesa dengan penampilan tersebut.

“Dengar ya, saya tahu apabila saya menyarung persalinan itu pastinya akan ada pelbagai komen sama ada negatif atau positif.
“Saya teruja untuk memakainya, tak ada sedikit pun perasaan cuak.

“Apa yang menarik sebenarnya betapa mudahnya untuk segelintir golongan lelaki yang ‘menjahanamkan’ tubuh wanita, secara umum dan bangganya untuk semua orang nampak.

“Ini bukanlah kali pertama dan bukan kali terakhir seorang wanita menerima komen yang tidak bagus tentang dirinya sendiri daripada orang asing. Apa yang membimbangkan betapa teruknya sebilangan kecil lelaki ini.

Baca Artikel Penuh