Kenapa harga Perodua Kembara 4×4 lama makin tinggi?

Kenapa harga Perodua Kembara 4×4 lama makin tinggi?. Jika sebelum ini dituduh sebagai kenderaan pacuan empat roda (4×4) paling kurang berkuasa, namun kini ia kembali diburu.

Perodua Kembara merupakan kembar kepada Daihatsu Terios di pasaran Jepun ketika ini menjadi buruan penggemar sukan lasak terutamanya 4×4.

Dengan ‘body’ yang kecil, ia mampu untuk mengharungi permukaan jalan tidak rata dan boleh menyelinap ke kawasan-kawasan sukar.

Pada 10 tahun lalu, Perodua Kembara dipandang sepi sehingga harganya turun kepada RM3,000 sebuah, namun ketika ini harga tersebut sudah tidak dijumpai.

Tinjauan di beberapa laman automotif tempatan, harga 4×4 pertama negara itu telah mencecah harga sehingga RM18,000 sebuah.

Difahamkan kenderaan 4×4 ini menjadi pilihan golongan muda kerana kos selenggara yang murah serta memiliki bentuk yang cantik.

Baca Artikel Penuh