Kenaikan harga barang tambah luka rakyat

Kenaikan harga barang tambah luka rakyat

Kenaikan harga barang tambah luka rakyat.Sekarang kalau beli barang basah bekalan seminggu untuk keluarga 6 orang tak lari RM200. Kalau tekak tu rasa teringin nak makan sotong ke, udang ke, ketam ke boleh cecah atas RM300.

Itu barang basah sahaja. Tak masuk beras, minyak, tepung, gula, tisu, susu, kicap, dan seumpamanya. Kebanyakan ikan yang menjadi kegemaran isi rumah harganya melebihi RM20 sekilo. Seekor ayam yang agak besar sikit mencecah harga RM20. Daging beku pun sudah mencecah RM30 sekilo. Kalau daging segar sudah mencecah RM40 sekilo.

Minggu lepas saya beli sepasang ‘tulang gearbox’ harganya RM100. Hari yang sama selepas beli tu saya masak sup gearbox, dan selang beberapa hari isteri saya masak asam pedas gearbox. Dua kali hadap sahaja untuk sekeluarga, selesai RM100. Itu kira hidangan kayanganlah. Setahun sekali pun belum tentu dapat masak tulang gearbox ni.

Saya ni buat grocery sejak 30 tahun lepas, dari mula berkeluarga sampai sekarang. Saya lah yang ke pasar malam, pasaraya, pasar minggu, pasar basah, pasar borong, dan macam-macam pasar. Saya yang pilih dan bayar. Di rumah, isteri saya akan masak apa saja yang saya beli. Saya boleh menilai dan merasai turun naik harga barang keperluan harian.

Bagi saya keadaan di bawah kerajaan PN ni, harga barang keperluan naik mendadak sangat teruk. Paling buruk berbanding masa-masa lampau. Lebih buruk berbanding keadaan tahun 2007 dahulu di mana antara punca berlaku tsunami politik dalam PRU tahun 2008 adalah isu kenaikan harga barang yang melampau.

Dua tahun kebelakangan ini, harga barang melambung naik jauh lebih buruk berbanding 2007-2008 dulu.

Tidak hairanlah kalau semakin ramai rakyat yang terhimpit dengan penderitaan dan kesempitan hidup.

Sumber:

Jika terlepas: Setelah dihitung, sokongan Muhyiddin hanya tinggal banyak ni…