Kemurungan : Lelaki ditemui maut setelah 5 hari menghilang

Lelaki dipercayai mengalami masalah kemurungan yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ditemukan meninggal dunia di tepi Sungai Chikus, Ladang Selinsing Changkat Petai di Langkap, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 36 tahun berkenaan ditemukan pasukan penyelamat pada 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten KomisionerAhmad Adnan Basri berkata, mayat ditemui kira-kira empat kilometer (km) dari lokasi motosikal dijumpai di kebun sawit Alor Bakong, Rabu lalu.

Kemurungan : Lelaki ditemui maut setelah 5 hari menghilang

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu. Tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa.

“Pengecaman mayat dilakukan oleh keluarganya dan pemeriksaan lokasi kejadian dan mayatnya dilakukan oleh pihak forensik dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta kes disiasat semula untuk mengesan punca kematiannya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kehilangan mangsa yang berkerja sebagai tukang rumah itu disedari isterinya apabila suaminya tiada di rumah dan gagal dihubungi pada 1 tengah hari, Selasa lalu.

Mangsa kemudiannya dilaporkan hilang di kebun sawit berkenaan susulan penemuan motosikal dan telefon bimbitnya pada 8 pagi, Rabu lalu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/764426/hilang-5-hari-lelaki-murung-ditemukan-meninggal-dunia

BACA JUGA : Audio pertikai presiden Pas, ini jawapan Takiyuddin

COMMENTS

Wordpress (0)