Kempen kibar bendera putih jayakan misi rakyat jaga rakyat

Kempen kibar bendera putih

Kempen kibar bendera putih jayakan misi rakyat jaga rakyat

Saya mengambil maklum tentang adanya kempen awam Kibarkan Bendera Putih di rumah rakan2 rakyat Malaysia kita yg terputus bekalan makanan serta memerlukan bantuan segera.

Bagi pihak parti Amanah, saya menyambut baik kempen awam ini dan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yg sangat prihatin.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami dari Amanah dan khususnya Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) sangat gembira untuk turut serta dalam menjayakan kempen bantuan awam ini.

Saya menyeru kepada rakan2 ahli Amanah, khususnya AWAN agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita, sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana2 rumah yang mengibarkan Bendera Putih.

Semoga AlLah mempermudahkan segala urusan kita semua, menganugerahi kita rezeki yang barokah dan melimpah ruah.

Sumber:

JANGAN TERLEPAS:Sampai bila kita macam ini?, tanya Najib

COMMENTS

Wordpress (0)