Kemboja henti import daging sejuk beku India, Malaysia terus import

Kemboja henti import daging sejuk beku India, Malaysia terus import

Kemboja semalam memutuskan untuk melarang import daging beku dan produk daging dari India, sebagai usaha bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negara rantau Asia Tenggara.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Kemboja (GDCE), Kun Nhim, dalam satu kenyataan berkata larangan itu berkuatkuasa serta-merta dan akan mengumumkan kemudian bila ia akan ditarik balik, lapor agensi berita Xinhua.

Katanya, ia diambil berikutan India melaporkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 dan kes kematian sejak kebelakangan ini.

Nhim juga menasihati pegawai kastam untuk sentiasa melaksanakan sanitasi pada kenderaan dan produk lain yang berasal dari India.

Awal minggu ini, negara di rantau Asia Tenggara juga sudah melarang kemasukan pelancong dari India bagi mencegah penyebaran varian baharu COVID-19, B1617 yang dikatakan lebih mudah merebak.

India semalam mengalami lonjakan mendadak kes COVID-19 dengan mencatatkan 401,993 kes dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan 19,164,969 dengan 211,853 kematian.

Manakala pula , Malaysia masih meneruskan pengimportan daging sejuk beku dari India biarpun kes jangkitan COVID-19 di negara itu terus melonjak.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor, berkata setakat ini belum ada keputusan kerajaan sama ada mahu melarang pengimportan daging sejuk beku dari negara berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, prosedur pengimportan daging sejuk beku ke Malaysia sentiasa diperketatkan bagi menangani sebarang isu keraguan terhadap bekalan berkenaan.

“Kita masih benarkan pengimportan daging sejuk beku dari India, namun ia hanya daripada sumber rumah sembelih yang diluluskan di India,” katanya kepada BH, hari ini.

Kemboja semalam memutuskan untuk melarang import daging beku dan produk daging dari India, sebagai usaha bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negara rantau Asia Tenggara.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Kemboja (GDCE), Kun Nhim, dalam satu kenyataan berkata, larangan itu berkuat kuasa serta-merta dan akan mengumumkan kemudian apabila ia ditarik balik, lapor agensi berita Xinhua.

Katanya, ia diambil berikutan India melaporkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 dan kes kematian sejak kebelakangan ini.

Memetik laporan media sebelum ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengeluarkan laporan berhubung jangkitan COVID-19, menerusi daging sejuk beku seperti ditemui penyelidik China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan meneliti perkara itu, selepas verifikasi daripada WHO.

“Setakat ini, tidak ada jangkitan COVID-19 daripada daging sejuk beku yang diimport ke negara kita,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/812971/malaysia-masih-import-daging-sejuk-beku-india

Berita pernuh : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/05/812860/kemboja-larang-import-daging-beku-india