Kemasukan warga Sri Lanka, bangladesh, Nepal dan Pakistan disekat kecuali pemegang pasport diplomatik dan rasmi

Kemasukan warga Sri Lanka, bangladesh, Nepal dan Pakistan disekat kecuali pemegang pasport diplomatik dan rasmi

Kerajaan Malaysia menyekat kemasukan warganegara dari Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan daripada memasuki negara ini berikutan kebimbangan penularan varian Covid-19 dari India (B.1.617) .

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu sebagai tambahan kepada sekatan penerbangan dari dan ke India yang diumumkan pada 28 April lalu.

Ismail berkata sekatan itu melibatkan semua kategori pemegang pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, Pelawat Perniagaan Antarabangsa dan Lawatan Sosial.

“Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi seperti yang diperuntukan dalam Konvesyen Vienna Berkenaan Hubungan Diplomatik pada 1961,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata bagi kategori pasport diplomatik dan rasmi, mereka boleh memohon untuk memasuki Malaysia melalui prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

India menyaksikan lonjakan terburuk kes positif Covid-19 di dunia.

Semalam, lebih 382,000 kes baru direkodkan iaitu lima kali ganda berbanding Brazil yang menyaksikan jangkitan kedua tertinggi di dunia.

Punca utama penularan tersebut adalah disebabkan oleh varian B.1.617.

Data awal juga menunjukkan varian berkenaan boleh menyebabkan gejala yang lebih serius.

Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka adalah negara yang berjiran dengan India di mana varian B.1.617 juga menular ke negara-negara itu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/573525