Kemalangan tragis, terkejut jumpa kemaluan lelaki di stesen minyak ini

Kemalangan tragis, terkejut jumpa kemaluan lelaki di stesen minyak ini. Kemaluan lelaki ditemui di sebuah stesen minyak akibat kemalangan.

Penemuan zakar manusia di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) dikaitkan dengan kemalangan maut di mana seorang penunggang motosikal digilis beberapa kenderaan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pelanggan stesen minyak di lebuh raya rentas negeri Interstate 10 terkejut apabila menemui anggota badan manusia itu, demikian menurut akhbar Lagniappe.

Jabatan Polis Bergerak (MPD) memberitahu bahawa kes itu tidak disiasat sebagai pembunuhan atau serangan, tetapi dikaitkan dengan kemalangan yang menyaksikan Christopher Means, 29, kehilangan nyawanya.

Kemalangan tragis, terkejut jumpa kemaluan lelaki di stesen minyak ini

Means disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu.

Baca Artikel Penuh