‘Keluarga biasa’ kini pun turut memerlukan bantuan, kata NGO

Oleh MHDAILY

‘Keluarga biasa’ kini pun turut memerlukan bantuan, kata NGO. Sejak lapan tahun pertama kewujudannya, Food Aid Foundation banyak berkhidmat kepada komuniti kurang berkemampuan seperti golongan miskin bandar yang tinggal di rumah flat kos rendah, mereka yang tinggal di rumah perlindungan, pelarian dan komuniti Orang Asli di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, sejak wabak Covid-19 mula melanda, badan bukan kerajaan (NGO) ini dibanjiri dengan panggilan daripada golongan yang tidak disangka-sangka, iaitu “keluarga biasa”.

Ketika kempen #BenderaPutih baru bermula, kesulitan mencari nafkah sepanjang tempoh wabak ini bukan lagi perkara rahsia buat NGO itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kami selalunya tidak membuat penghantaran kepada keluarga individu, kami selalu sasar rumah golongan yang terpinggir. Tetapi apabila (wabak) Covid-19 melanda, lain jadinya.

Keluarga

“Kini, kami ada banyak alamat dan butiran ratusan keluarga yang meminta bantuan,” kata pengurus operasinya yang dikenali sebagai “Mr Soon” kepada FMT ketika ditemui di markas NGO itu di Cheras, sambil beliau menyelak halaman demi halaman yang dipenuhi butiran mereka yang meminta bantuan daripada Food Aid Foundation.

Food Aid Foundation mengerahkan trak ke lima lokasi sehari untuk memberi bantuan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Apa yang bermula sebagai cara untuk mengurangkan pembaziran dalam industri makanan dengan cepat berkembang menjadi operasi berskala penuh yang dikendalikan oleh sukarelawan dan chef yang dilengkapi makmal pengujian untuk memastikan bekalan makanan selamat dimakan.

Fasilitinya dipenuhi makanan yang disumbangkan oleh rakan kongsi seperti Mondelez, Aryzta, Giant, Mark & Spencer, dan Tesco (Lotus’s).

“Kami juga pergi ke pasar Selayang setiap hari untuk mendapatkan sayur-sayuran, iaitu sekitar tiga hingga lima tan,” katanya.

Sukarelawan dikerahkan untuk menyampaikan bantuan makanan kepada lebih seratus orang setiap hari.

Rick Chee.
Food Aid Foundation diasaskan oleh Rick Chee yang sebelum ini bekerja dalam industri perkhidmatan makanan. Beliau melihat sendiri pembaziran yang berlaku di seluruh rantaian bekalan makanan dan ramai orang dapat diberi makan dengan makanan yang biasanya akan dibuang.

“Memang selalunya sukar untuk memulakan sesuatu seperti ini,” kata Chee.

“Pertama sekali, saya ada beberapa rakan dalam industri makanan yang memberi saya lebihan makanan dan semuanya bermula dari situ. Perkara paling penting adalah membina kepercayaan penderma dan orang yang anda bantu.”

Katanya, ketika mereka baharu bermula, matlamat mereka adalah bagi setiap RM1 yang disumbangkan, mereka dapat memberi makanan percuma bernilai RM10 melalui perkongsian dan pembelian pukal.

“Setakat tahun lalu, kami dapat mengumpul dan mengagihkan makanan bernilai RM16 juta yang melampaui matlamat kami melalui sokongan daripada individu dan syarikat.

“Semasa krisis, banyak perniagaan tidak dapat bertahan dan perlu menghabiskan stok mereka, jadi kami dapat pastikan ia tidak terbazir,” katanya.

Chee berkata, aspek pendidikan dalam operasi NGO ini sama penting dengan tindakan menyampaikan bantuan makanan kepada komuniti yang memerlukan.

“Kami mempunyai pusat latihan di markas kami. Bayangkan ‘makcik’ yang memasak di rumah kebajikan atau rumah orang tua. Mereka mungkin memasak untuk seratus orang dan penting bagi mereka untuk faham cara mengendalikan makanan dengan selamat.

“Apabila kami terlibat dengan tempat sebegini, kami ingin beri mereka peluang untuk belajar lebih banyak mengenai keselamatan makanan, kebersihan dan pemakanan yang sihat. Mereka boleh datang ke sini dan berpeluang belajar daripada pasukan kami.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/16/dulu-golongan-miskin-bandar-rumah-perlindungan-kini-keluarga-biasa-juga-perlukan-bantuan/

Jika Terlepas: Terkini !!! Ku Nan bebas dari tuduhan rasuah