Keluar duit kat ATM tanpa guna kad? Ini caranya…

Bila namanya terlupa, hajat dihati hendak keluarkan duit di mesin ATM pun boleh pula terlupa bawa kad bank. Hendak berpatah balik, terasa malas pula. Nasib baik ada cara kita tetap boleh keluarkan cash walau tiada kad.

Bagaimana tu?

Perkhidmatan pengeluaran tanpa kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombro telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima mkod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.

Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.

Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masihragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kot keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.

Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank tanpa guna kad

1- Masuk Maybank2u apps bank.

2- Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung

3- Klik pada “cardless ATM withdrawal”

4- Letak no telefon

5- Pilih amaun yang mahu di keluarkan

6- Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad

7- Ikut dua langkah penting ini :

  • Masukkan ID 16 digit
  • Masukkan kod 6 digit

8- Dah boleh keluarkan duit.

Sumber : https://www.keluarga.my/terlupa-bawa-kad-bank-masih-ada-cara-nak-keluarkan-duit-di-mesin-atm-begini-caranya-cukup-mudah-selamat/