Kelemahan Ismail Sabri terserlah, pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker gagal

Kelemahan

Kelemahan Ismail Sabri terserlah, pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker gagal.Hasrat seorang pemimpin UMNO, Ahmad Maslan untuk menjadi Timbalan Speaker Parlimen, meskipun telah membentangkan manifesto 20 pembaharuan yang mahu dilakukannya, akhirnya tertangguh ke sidang Dewan Rakyat berikutnya iaitu pada penghujung Oktober akan datang.

Ini berikutan Ahli Parlimen Pontian dan Setiausaha Agung UMNO itu pasti akan kalah jika usul pemilihan jawatan itu terus diadakan semalam sebagaimana yang dijadualkan.

Ia kerana difahamkan Ahli-Ahli Parimen Bersatu dan beberapa wakil rakyat Bebas enggan memberi sokongan kepada Ahmad Maslan atas kedudukannya sebagai salah seorang kluster mahkamah yang kes penggubahan wang haram terhadapnya masih lagi dibicarakan.

Tanpa sokongan mereka itu, Ahmad Maslan yang pencalonannya adalah untuk mewakili UMNO bagi menggantikan Azalina Otman Said yang meletakkan jawatan, beliau tentu saja akan kecundang kepada calon blok pembangkang, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.

Kelemahan

Kekalahan Ahmad Maslan akan memberi malu besar kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang dijadual mengemukakan usul pemilihan Timbalan Speaker itu.

Bagi mengelakkan UMNO dan Perdana Menteri, Ismail Sabri daripada UMNO mendapat malu atas tewasnya Ahmad Maslan itu, maka pemilihan Timbalan Speaker ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang bagi membolehkan pindaan Perlembagaan dilakukan terlebih dahulu.

Pindaan Perlembagaan yang bakal dilakukan ialah menambah jawatan Timbalan Speaker daripada dua sebagaimana yang ada sekarang kepada tiga, dengan salah seorang daripadanya diperuntukkan kepada calon blok pembangkang.

Melalui pindaan itu, Ahmad Maslan bersama Nga Kor Ming yang telah dicalonkan bagi jawatan Timbalan Speaker akan senang-senang menang dengan selesa dan percuma.

Mereka akan menjadi Timbalan Speaker Parlimen bersama Rashid Hasnon yang sedia memegang jawatan itu sejak era kerajaan PN berkuasa bagi mewakili Bersatu.

Apa yang nyata di sini, dengan kerajaan terpaksa melakukan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Ahmad Maslan diberi kedudukan sebagai Timbalan Speaker, ia adalah tanda kegagalan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO.

Bermakna beliau telah gagal memujuk dan meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan Bebas yang berada dalam kerajaan untuk memberi sokongan kepada Ahmad Maslan.

Kenapa Ismail Sabri gagal memujuk dan meyakinkan mereka?

Di mana wibawanya sebagai Perdana Menteri?

Jika Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan Bebas menghormati kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO, tidak sepatutnya pencalonan untuk meletakkan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker tidak mendapat sokongan.

Kalau dalam kes Ahmad Maslan pun Ismail Sabri gagal memperjuangkan kepentingan UMNO dan kumpulan sesama dalam parti yang turut menyokongnya sebagai Perdana Menteri, bagaimana beliau mahu diyakini untuk memperjuangkan hal-hal yang lain?

Selain itu, dengan kerajaan pimpinannya juga telah mengadakan MOU dengan PH, seharusnya Ismail Sabri juga ada kekuatan untuk memastikan Ahmad Maslan diberi kemenangan percuma dengan Nga Kor Ming dipastikan menarik diri daripada pencalonannya.

Kenapa Ismail Sabri tidak mampu melakukan perundingan sebegitu dengan PH?

Jika untuk memastikan usul undi percaya dan Belanjawan 2022 dapat diluluskan, beliau sanggup menandatangai MOU dengan PH, kenapa untuk menyelamatkan maruah UMNO melalui pemberian sedikit harta rampasan perang kepada Ahmad Maslan, ia tidak mampu dilakukan?

Sampai perlu dipinda Perlembagaan untuk meletakkan wakil UMNO sebagai Timbalan Speaker, walhal Perdana Menteri adalah daripada UMNO, ini adalah sejarah paling memalukan bagi parti itu.

Termenjadinya Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker nanti tidak memberi makna apa-apa sebenarnya, baik kepada dirinya mahu pun UMNO kerana ia diperolehinya bukan saja cara yang betul-betul jantan.

Apalah sangat nak dibanggakan dengan jadi Timbalan Speaker cara betina melalui pindaan Perlembagaan seperti itu?

Berita Penuh : https://shahbudindotcom.net/2021/09/15/gagal-letakkan-ahmad-maslan-timbalan-speaker-dengan-cara-jantan-tanda-gagalnya-ismail-sabri.html

BAca:Panas !!! Guru pondok ditahan kerana liwat, cabul 12 murid lelaki

COMMENTS

Wordpress (0)