Kelar pergelangan tangan sendiri, isteri jumpa suami dah nyawa-nyawa ikan

Kelar

Kelar pergelangan tangan sendiri, isteri jumpa suami dah nyawa-nyawa ikan.Seorang lelaki yang bertindak mengelar pergelangan tangan kirinya berjaya diselamatkan dalam kejadian di Jalan Anggerek, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.56 petang itu, lelaki berusia 39 tersebut ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam sebuah bilik berkunci.

Tindakan pantas isteri mangsa yang menghubungi talian kecemasan setelah mendapati suaminya berkelakuan pelik berkurung di dalam bilik berjaya menyelamatkan nyawa pasangannya.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, M. Haridass berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya ke lokasi kejadian.

Kelar

Tambahnya, lelaki itu dipercayai mempunyai masalah peribadi sehingga tertekan dan mencederakan diri sendiri dan perkara itu disedari isterinya yang baru pulang daripada kuarantin dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sebelum menghubungi talian MERS berikutan khuatir keselamatan suami.

“Sebaik tiba anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kira-kira 12 minit. Kelihatan seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh sedar.

“Mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya menggunakan pisau. Dia diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini bagi mendapatkan rawatan susulan ,” katanya ketika dihubungi.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/21/suami-ditemui-nyawa-nyawa-ikan-dalam-bilik/

BACA: Dafi tampil pertahan ayah sendiri

CATEGORIES