Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

Oleh MHDAILY

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya. Tak dinafikan, tujuan utama kita mengunjungi stesen minyak adalah untuk mengisi bahan api seperti petrol dan diesel. Jika perlu membeli barangan lain pun hanyalah sekadar air minuman dan makanan ringan untuk mengalas perut atau menambah nilai kad Touch ‘N’ Go.

Namun lain pula dengan satu stesen minyak Petronas di utara Malaysia apabila kedai Mesra miliknya menjual pelbagai baranngan yang sepatutnya dijual di pasaraya.

“Petronas Pendang paling unik di Malaysia”

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

Menerusi perkongsian daripada akaun Tiktok @Siti5874 atau nama sebenarnya Siti Nur binti Ahmad ini yang juga pemilik kepada stesen minyak Petronas Pendang, Kedah ini memaparkan bahagian dalaman kedai menjual pelbagai barang termasuklah keperluan dapur seperti rempah ratus, sayur-sayuran dan bermacam lagi.

Bukan itu sahaja, dalam kedai Mesra tersebut memiliki kafe untuk pelanggan turun merasai minuman berperisa yang menyiurkan.

Bagaimanapun, perkongsian wanita telah mendapat pujian warganet yang kagum dengan idea menarik usahawanita ini dalam mengendalikan perniagaannya.

Malah ramai juga yang melahirkan keterujaan dan ingin singgah di stesen minyak tersebut untuk merasai sendiri pengalaman membeli barang dapur di sebuah stesen minyak. Malah, ada juga yang berpendapat ia memudahkan orang ramai yang kehabisan barang dapur sekiranya ingin memasak ketika lewat malam.

“Suka tengok orang melayu berjaya macam ni”

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

“ni supermarket dah”

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

“Keunikan datang kerana kreativiti, berfikir keluar dari zon biasa…”

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

“Macam pasar ya mudah urusan orang”

Kelainan stesen minyak di Pendang, dah macam sebuah pasaraya

Baca Juga : Tragedi terjunan Rope Swing, kesilapan teknikal bawa bencana kepada wanita ini
Tular kejadian kolar baju pak cik ini kena rentap kerana lif mahu dinaiki VIP
Rupanya siram pokok durian waktu malam jadi punca tekanan air rendah, dedah MB Kedah