Kehilangan MB T’ganu terus jadi misteri, Exco pun tak tahu di mana bosnya

Kehilangan MB Tganu terus jadi misteri Exco pun tak tahu di mana bosnya

Kehilangan MB T’ganu terus jadi misteri, Exco pun tak tahu di mana bosnya. Seorang EXCO Terengganu hari ini memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ini.

Ia susulan perkongsian banyak netizen di media sosial yang membangkitkan persoalan mengenai keberadaan Ahmad Samsuri ketika ini, terutama selepas negeri pimpinannya kini dilanda banjir buruk.

EXCO Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah, sebaliknya memaklumkan Menteri Besar sudah pun turun lebih awal untuk membantu menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Tiada maklumat (Menteri Besar berada), masing-masing sibuk bertugas. Menteri Besar turun bersama di PPS (pusat pemindahan sementara) Rhu Rendang dan Atas Tol. (Turun) lebih awal. Boleh buka FB (Facebook) beliau.

“Tidak timbul isu Menteri Besar tak turun padang membantu sebab dari awal Menteri Besar turun dan susun setiap perancangan hadapi banjir,” katanya seperti dipetik menerusi laporan disiarkan FMT hari ini.

Kehilangan MB T'ganu terus jadi misteri, Exco pun tak tahu di mana bosnya

Beberapa media mendakwa Ahmad Samsuri dilaporkan berada di di Auckland, New Zealand ketika ini.

Berdasarkan maklumat dikongsi menerusi laman web https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/ setakat jam 2 petang ini, seramai 40,453 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu iaitu mewakili 11,101 keluarga yang terjejas dengan bah itu.

Daerah Kemaman merekodkan jumlah tertinggi mangsa dipindahkan iaitu 9,195 orang mewakili 2,452 keluarga, diikuti Besut dengan 7,864 mangsa mewakili 2,008 keluarga, sementara Hulu Terengganu pula, 6,063 mangsa mewakili 2,024 keluarga, Dungun (4,930 mewakili 1,332 keluarga) serta Setiu dengan 4,52 mangsa mewakili 1,246 keluarga.

Bagi daerah lain iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu serta Marang, mangsa dipindahkan masing-masing merekodkan angka di bawah 4,000 orang.

BACA:

Ebit Lew hantar gambar lucah di Whatsapp, kata Firdaus Wong

Syamsul Yusof dan Ira Kazar dah kahwin, Puteri Sarah sahkan di IG

“Bila nak balik? Tidur luar ya!”- Tengok world cup guna mirror screen hp, bini pula whatsapp

CATEGORIES