Kecoh Taliban gantung orang di helikopter, rupa-rupanya….

Oleh MHDAILY

Video seorang lelaki diikat tali pada helikopter tinggalan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan mencetuskan kekecohan dunia.

Ramai netizen, membuat spekulasi sendiri dengan mendakwa Taliban menggantung seseorang.

Namun, fakta sebenar mendedahkan, lelaki itu sebenarnya masih hidup dan ketika kejadian, cuba memasang bendera di sebuah bangunan bandar Kandahar.

Kecoh Taliban gantung orang di helikopter, rupa-rupanya....

FOTO kejadian yang tular di media sosial.

Ia berdasarkan klip video penuh kejadian.

Dalam video yang lebih panjang, lelaki itu melambaikan tangannya dan menggerakkan kakinya saat dia diturunkan ke atas sebuah bangunan.

Salah faham itu timbul apabila klip berkenaan asalnya diambil dari Tabasum Radio, yang namanya tertulis di video terbabit.

Stesen radio Afghanistan memuat naik video berkenaan yang dirakam pada 30 Ogos lalu di Telegram.

“Sebuah helikopter terbang berhampiran pejabat gabenor Kandahar dengan memperlihatkan seseorang tergantung.

“Pegawai belum memberikan sebarang ulasan,” tulis stesen radio itu seperti dipetik Kompas.

Sebelum ini, foto insiden berkenaan yang tular menimbulkan pelbagai andaian daripada masyarakat.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/749960/pasang-bendera-rupanya

BACA JUGA : Panas !!! Amerika Syarikat buang 15.1 juta dos vaksin Covid-19