Kecoh satu taman, nenek 55 tahun kena rogol oleh sekumpulan lelaki

Kecoh satu taman nenek 55 tahun kena rogol oleh sekumpulan lelaki

Kecoh satu taman, nenek 55 tahun kena rogol oleh sekumpulan lelaki. Seorang nenek berusia 55 tahun di India diperkosa secara berkumpulan di sebuah asrama di bandar Lucknow, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 4 Oktober lalu ketika mangsa pergi ke bandar itu untuk menemui seorang sami sebelum diperkosa oleh empat lelaki.

Dalam soal siasat di balai polis, mangsa dikatakan bertemu seorang wanita bernama Geeta ketika berada di Prayagraj, negeri Uttar Pradesh.

Getta dikatakan terpaksa pulang kerana saudara lelakinya tidak sihat dan meninggalkan mangsa sendirian.

Mangsa mendakwa dia dibius dengan sejenis dadah dan diperkosa ketika tidak sedarkan diri. Dia juga diugut bunuh sekiranya melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Kecoh satu taman nenek 55 tahun kena rogol oleh sekumpulan lelaki

Dia akhirnya berjaya melarikan diri dan menghubungi anggota keluarganya.

Bercakap kepada laman berita India Today, polis berkata, kes itu sedang disiasat dan tindakan segera akan diambil.

BACA:

Toyota Veloz mula mengganas, harga kurang RM100K, dah terima 6000 tempahan

Menjelang PRU15: Harga kebanyakan tol mula turun 15 peratus

Wanita kongsi resipi buat ‘mushroom seasoning’, pertama kali buat pun confirm jadi!

CATEGORIES