Kecoh pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UM, Danesh tampil tunjuk ‘resume’ dirinya

PENJELASAN BERKAITAN LANTIKAN SAYA SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI MALAYA DAN TUGAS HAKIKI SAYA.

Ramai memberikan pandangan dan andaian bahawa saya telah dilantik atas sebab saya merupakan pegawai kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said dan ianya berunsurkan politik.

Di sini secara jelasnya saya ingin maklumkan bahawa pelantikan ini berlaku atas usaha dan jasa bakti saya selama membantu Universiti Malaya sebagai Pemimpin Mahasiswa, Alumni dan Felo Kolej Kediaman.

Kecoh pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UM, Danesh tampil tunjuk 'resume' dirinya

Pelantikan ini tidak ada sebarang unsur politik yang melibatkan tugas hakiki saya sebagai Pegawai kepada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Saya mohon kepada samua pihak agar tidak kaitkan pelantikan ini dengan tugas hakiki saya sehingga nama majikan saya tercalar.

Saya juga mohon doa dan sokongan semua pihak untuk memberikan sedikit masa untuk saya buktikan segalanya!

*Dengan ini saya sertakan cv saya yang sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran usaha saya di UM salama ini.

Danesh Raj Nagarajan

Sumber :

BACA JUGA : Terkini !!! Rentas negeri bakal dibenarkan beberapa hari lagi, kata Dr Noor Hisham

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)