Kecoh nyanyian Andi Barnadee terpaksa dihentikan, percikan api punya pasal

Oleh MHDAILY

Kecoh nyanyian Andi Barnadee terpaksa dihentikan, percikan api punya pasal. Penyanyi Andi Bernadee terpaksa menghentikan persembahan buat seketika selepas penonton mula kerumun sehinggakan mengundang bahaya.

Kerumun kawasan tembakan api

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andi memenuhi undangan nyanyian di Bintulu, Sarawak pada sambutan Hari Malaysia (16 September).

@andibernadee2020Harap adik tu x de apa apa 😔

Ketika sedang menyanyikan lagu Donde, Andi, 32, meminta agar muzik diberhentikan kerana orang ramai sudah melintasi kawasan ‘pyro firework.’

Kecoh nyanyian Andi Barnadee terpaksa dihentikan, percikan api punya pasal

Stop.. stop (muzik). Depan ni ada api sebab itu tak boleh rapat. Belakang lagi sikit. Bahaya bahaya!

Pemilik nama Andi Azrul Andi Mapangile turut berharap agar kanak-kanak perempuan yang berdiri di kawasan api itu tidak cedera.

Utamakan keselamatan

Walau bagaimanapun, ada netizen yang menganggap tindakan Andi itu poyo dan membandingkan dengan situasi penyanyi antarabangsa.

Namun, rata-rata peminat memuji kepantasan pelakon drama Melastik Ke Hatimu mengawal penonton serta mementingkan keselamatan daripada berlaku insiden yang tidak diingini.

BACA:

Ini cara mohon e-Pengeluaran KWSP melalui akaun 2

Laporan dedah Malaysia negara ke-4 dalam senarai polis paling rasuah

Netizen tanya Fizo Omar, ‘guna duit OctaFX ke boleh bercuti tu?’

Baca Artikel Penuh