Kecoh ngo bawah KBS adakan program bersama gereja, rupanya Pas sengaja buat kegusaran awam supaya tergugat keamanan?

Kecoh ngo bawah KBS adakan program bersama gereja, rupanya Pas sengaja buat kegusaran awam supaya tergugat keamanan?

Heboh isu lawatan ke gereja sehari dua ni anjuran satu NGO.

Tahun 2017, sebagian pimpinan Pas dan pemuda dah buat lawatan ke gereja bertukar pandangan tentang keharmonian beragama.

Kecoh ngo bawah KBS adakan program bersama gereja, rupanya Pas sengaja buat kegusaran awam supaya tergugat keamanan?

Tahun 2019 saya hadir temuramah seorang paderi di sebuah gereja di Penang, tentang mesej keamanan dan keharmonian.

 

Isu di sini ialah benda Pas buat lama, dibangkit semula untuk cetus kegusaran dan kerisauan masyarakat.

Di UK contohnya, ada gereja sedia ruang tertentu Muslim solat jika mendesak.

Malah Khalifah Umar al-Khattab ra suatu ketika tolak ajakan rahib solat dalam gereja, tapi dia pilih solat di kawasan luar gereja semata nak elak fitnah masa depan, bagi beliau tiada salah, tapi sebagai langkah berjaga, Amirul Mukminin solat di luar.

Dalam konteks sebuah negara masyarakat yang pelbagai agama dan kaum, Islam sebagai agama rasmi, tiada ketegahan Islam disampai kepada non-Muslim, tapi agama mereka disekat perlembagaan dan enakmen dikembang kepada Muslim.

Persoalan yang penting, iman.

Kalau iman setipis bawang, tak lawat rumah ibadah bukan Islam pun, ramai Melayu hilang jati diri dan identiti Islam, tak solat, tak amal agama, hatta ikut ajaran sesat lain yang terpesong aqidah tanpa sedar.

Apa yang penting niat dan tujuan.

Jika lawatan untuk sampaikan mesej Islam sebagai agama rahmah, toleransi, keharmonian antara agama, ia tak mengapa.

Tapi sebaliknya, jika lawatan sebabkan agama jadi goyah, ia dilarang.

BACA:

“Mak kenapa kita tak solat? Sekali ini jawapan mak, sejak dari itu aku tak tanya mak dah pasal solat”

Laa, rupa-rupanya arab saudi punya pasir ‘fake’? Bukan pakai pasir yang original tapi kenapa?