Kecoh harga mee sup sampai RM60 semangkuk, ini jawapan tuan kedai

Kecoh harga mee sup sampai RM60 semangkuk, ini jawapan tuan kedai. Isu makanan mahal semakin menjadi-jadi ketika ini apabila ramai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga setiap menu dengan mendadak sehingga dikatakan tidak masuk akal.

Ini kerana, mereka memberi alasan harga bahan mentah juga semakin meningkat dan memaksa mereka untuk menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik hantaran memaklumkan harga bagi semangkuk mi sup ikan yang dimakan di sebuah restoran di Sibu adalah RM60.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Kecoh harga mee sup sampai RM60 semangkuk, ini jawapan tuan kedai

Jenis ikan patin yang berharga RM190 per kilogram

Menurut pengguna tersebut, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan harga makanan berkenaan ketika ingin membuat pembayaran di kaunter.

Kemudian, dia memeriksa semula resit yang diberikan serta menanyakan kepada peniaga soal harga makanan yang terlalu mahal.

Balas peniaga itu, mi sup yang dipesan adalah menggunakan jenis ikan patin yang berharga RM190 per kilogram.

Tambah peniaga itu lagi, harga mi sup tersebut memang agak mahal kerana kualiti ikan yang digunakan dan mempersoalkan mengapa pelanggannya itu tidak bertanyakan soal harga pada awalnya.

Sehubungan itu, dia terpaksa menerima harga tersebut walaupun baginya alasan yang diberikan peniaga kurang relevan.

Kecoh harga mee sup sampai RM60 semangkuk, ini jawapan tuan kedai

Katanya lagi, ini juga merupakan silapnya kerana tidak bertanya terlebih dahulu mengenai harga hidangan itu sebelum membuat pesanan.

Insiden yang dikongsikan itu telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap peniaga tersebut mengambil kesempatan mengenakan harga yang mahal kepada pelanggannya.

“Macam tipu sahaja, jarang la peniaga nak guna ikan patin mahal untuk berniaga, bukan seekor pun dalam mi sup tu, harga semangkuk macam untuk makan lima orang, sebab itu penting untuk peniaga sediakan buku menu kepada pelanggan bagi semak harga sebelum pesan makanan,” luah Fazrina.

“Apa maksud peniaga itu pelanggan tak tanya harga dulu, bukan mereka yang patut sediakan harga hidangan untuk dilihat pelanggan, kiranya kalau pelanggan tidak bertanya, peniaga boleh sesuka hati kenakan harga yang mahal,” komen seorang pengguna lain.

Baca:

“Terharu” diselamatkan pemuda ini, Burung Hantu tiap-tiap hari datang bawa hadiah

Pemuda jalan kaki dari KL ke Kelantan jumpa keluarga selepas hilang kerja

Akhirnya polis jawab isu tahan ambulans lalu untuk beri laluan kepada VVIP

[/bg_collapse]

CATEGORIES