Kecoh bila Menteri tersasul ‘Spanish Flu’ jadi perangsang seks ‘Spanish Fly’

Kecoh bila Menteri tersasul ‘Spanish Flu’ jadi perangsang seks ‘Spanish Fly’

Kesilapan Menteri Kesihatan tersilap menyebut perkataan ketika sesi bual bicara di Universiti Putra Malaysia (UPM) – apabila beliau tersasul menyebut perkataan yang maksudnya berubah daripada krisis kesihatan kepada perangsang seks mencuri perhatian di media sosial sehingga ahli politik turut menjadikannya jenaka.

Dalam satu video tular di Twitter, Adham kedengaran mengatakan bahawa pada 1916, ancaman “Spanish Fly” (yang sepatutnya disebut Flu (berkaitan selesema) telah membunuh jutaan orang di seluruh dunia dan ia berlaku selama dua tahun.

“Spanish Flu” yang berlaku antara 1918 hingga 1920 dikatakan menjangkiti seramai 500 juta orang dan membunuh antara 17 juta hingga 100 juta orang.

menteri

Tanda pagar #Spanishfly juga trending di Twitter.

Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik yang turut memberi respons terhadap kesilapan sebutan perkataan itu berkata, “Spanish Fly” sebenarnya satu gerakan gusti dan menggelarkannya sebagai “sangat bahaya”.

Dalam sukan gusti, ia adalah pergerakan yang menyaksikan lawan dijatuhkan dari atas tali melalui aksi jungkir balik yang boleh mematahkan leher lawan.

Bagaimanapun, perkataan “Spanish Fly” lebih kerap digunakan merujuk kepada perangsang seks tetapi ia juga merujuk kepada keluarga kumbang hijau.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil turut memberikan respons segera terhadap video itu dan berkata dengan kapsyen “DrAdhamBaba apa Spanish Fly?!” yang disertakan dengan emoji tepuk dahi.

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dalam ciapannya pula berkata, “adakah #SpanishFly kini sudah trending di Malaysia?”

Pelawak Jason Leong, yang merujuk video itu berkata, beliau boleh menjadi menteri kesihatan yang lebih baik.

“Saya secara jujur merasakan saya boleh menjadi menteri kesihatan yang lebih baik. Lalat sebenarnya boleh melakukan kerja yang lebih baik. #Spanishfly,” katanya.

“Malulah, tidak boleh membezakan Spanish Fly dengan Spanish Flu. Mungkin makan terlalu banyak,” kata pengguna Twitter @gcteck.

Eugene Chung juga bersetuju dan berkata ini adalah menteri kesihatan yang pernah berkata minum air suam boleh menghentikan jangkitan Covid-19.

“Adakah kamu hendak mendengar daripada seseorang yang tidak boleh membezakan antara Spanish fly dan Spanish flu?’ Memalukan, inilah kualiti dan kaliber menteri kita di Malaysia,” katanya.

Harris Zainul berkata, ketepikan “Spanish fly”, menteri kesihatan Adham, kematian kira-kira sejuta orang adalah salah, tambahan kepada itu menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya 50 juta kematian dilaporkan di seluruh dunia.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/12/tersasul-sebut-spanish-flu-kepada-spanish-fly-warganet-kecam-menteri/

BACA JUGA : 15 ribu pokok Musang King ditebang dalam 9 hari, kebun kini gondol