Kecoh bendera Malaysia dan Israel atas bot, pemuda ini dedah perkara sebenar

Kecoh bendera Malaysia dan Israel atas bot, pemuda ini dedah perkara sebenar

Kecoh bendera Malaysia dan Israel atas bot, pemuda ini dedah perkara sebenar. Salam semua.

Keluar pula fitnah baru dari puak-puak fanatik politik songsang yang mengatakan Malaysia dapat Perdana Menteri dengan bantuan Israel. Gambar-gambar bendera Israel-Malaysia seperti ini mula tular.

Sedikit cerita – ziarah kami ke BaitulMaqdis pada 2018 dulu ada menawarkan lawatan ke Tel Aviv dgn bayaran tambahan. Saya ambil peluang ini untuk melawat Sea Of Galilie yang dinyatakan dalam Hadith (sahih) baginda Rasulullah SAW berkaitan akhir zaman, namanya dalam bahasa Arab adalah ‘Tasik At-Tabariyyah’.

Pengusaha kapal disana terdiri dari rakyat Israel 🇮🇱 dan dalam kapal tu ada BENDERA SATU DUNIA yang mereka akan pasangkan untuk tour group yang naik kapal mereka, tak kisah lah dari negara mana sekali pun.

Pekerja-pekerja mereka ada juga kalangan rakyat Palestina yg mencari rezki di sana.

Kecoh bendera Malaysia dan Israel atas bot, pemuda ini dedah perkara sebenar

Tak ada peliknya dan ia bukan seperti yang disebarkan oleh puak2 yang taksub. Harap kita semua waspada kerana fitnah jahat dan adu domba membawa mudarat yang berat.

#DemiPertiwi
#KerajaanYDPA

BACA:

TIPS RAHSIA KEJAYAAN BISNESS SAMER

Awie didakwa kritikal sakit, terpaksa pulang awal dari umrah – ini keadaan terkini

Nuha dapat ijazah kelas pertama, siap belanja nyanyi atas pentas konvokesyen lagi

CATEGORIES