‘Kau tu pekerja je!’, Staff A&W kena tengking dengan pelanggan hanya kerana ayam goreng

Kau tu pekerja je Staff AW kena tengking dengan pelanggan hanya kerana ayam goreng

‘Kau tu pekerja je!’, Staff A&W kena tengking dengan pelanggan hanya kerana ayam goreng. Kecoh di media sosial apabila berlaku pergaduhan di antara pekerja restoran makanan segera iaitu restoran A&W bersama pelanggan di sebuah cawangan yang tak dapat dikenal pasti.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @prepareforfuture di laman TikToknya, kelihatan seorang pengurus restoran sedang bertengkar bersama dua orang pelanggan yang dipercayai berbangsa Cina tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterimanya.

Difahamkan, dua orang pelanggan tersebut mendakwa pengurus tersebut telah mengeluarkan perkataan kesat selepas permintaannya untuk mendapatkan ayam telah ditolak.

Namun begitu, apabila pengurus tersebut cuba memberi penjelasan terhadap perkara yang sebenar, pelanggan tersebut bertindak meninggikan nada suara tanpa memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan diri.

Customer not always right!

'Kau tu pekerja je!', Staff A&W kena tengking dengan pelanggan hanya kerana ayam goreng

Malah, rata-rata netizen tidak menyokong dan menyelar tindakan yang dilakukan oleh pelanggan tersebut yang dianggap kurang ajar dan tidak menghormati terhadap pekerja di restoran tersebut.

Bahkan, mereka berpendapat kedua-kedua belah pihak perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan lebih profesional dengan menggunakan gaya komunikasi yang lebih efektif untuk menggelakkan sebarang pertelingkahan berlaku.

Bukan itu sahaja, majoriti netizen berada di sebelah pihak pengurus restoran makanan segera itu dengan mengambil kira situasi kepada perbalahan yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak tersebut.

“Check CCTV la baru tahu siapa yang salah!” – netizen.

@prepareforfuture #cheap5shop #prepareforfuture #anwmalaysia #bad #badservice #badexperience ♬ original sound – prepareforfuture

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen meminta untuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengetahui perkara sebenar apa yang telah terjadi dan diharapkan perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik.

BACA:

Tertidur di landasan, lelaki putus kaki kena gilis kereta api

Penduduk cemas tengok serpihan roket menjunam jatuh ke tanah mereka

Kereta anak Sultan Johor kena langgar BMW, sekali ini yang jadi

CATEGORIES