Kata tak bagi penumpang merokok dalam pesawat tapi sediakan ‘ashtray’? Ini penjelasannya

Kata tak bagi penumpang merokok dalam pesawat tapi sediakan ‘ashtray’? Ini penjelasannya

Terdapat banyak benda yang berada di dalam kapal terbang, tetapi kita sebagai penumpang pastinya pernah tertanya tentang fungsi sebenar benda tersebut.

Bagi mereka yang pernah menaiki pesawat pasti tahu akan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh penumpang

Kata tak bagi penumpang merokok dalam pesawat tapi sediakan 'ashtray'? Ini penjelasannya

sewaktu di dalam pesawat sewaktu mahu berlepas. Sebagai contohnya, anda harus memakai tali pinggang keledar sewaktu pesawat mahu berlepas.

Bukan itu sahaja, antara perkara yang paling jelas sekali akibatnya dan dilarang adalah menghisap rokok ketika di dalam pesawat.

Mungkin ada diantara kita yang pernah perasan bahawa terdapat ashtray yang diletakkan di beberapa bahagian dalam pesawat.

Jikalau tidak boleh menghisap rokok, mengapa sediakan ashtray pula di dalam pesawat? Pelik bukan?

Baru-baru ini, satu video yang dibuat oleh seorang krew kabin ada mendedahkan jawapan kepada persoalan itu.

Seorang krew kabin dari Kanada telah menjawab pertanyaan dari beribu-ribu rakyat Britain tentang tempat membuang abu rokok yang berada dalam tandas pesawat.

Dilaporkan bahawa pada sebelum ini, syarikat penerbangan masih membenarkan penumpang merokok di atas kapal sebelum syarat baru larangan merokok itu dikuatkuasakan kepada penumpang.

Boleh difahami jika ashtray itu terdapat pada pesawat yang lama, namun begitu mengapa pesawat yang baharu masih mengekalkan tempat membuang abu rokok itu di atas kapal sedangkan syarat baharu menaiki pesawat sudah dikuatkuasakan?

@flyingkaylee Let me know in the comments what your guess is! #flightattendant #aviation #boeing737 #airplane #avgeek ♬ Quirky – Oleg Kirilkov

Pengguna akaun TikTok @flyingkaylee yang merupakan seorang krew kabin menjawab persoalan orang ramai itu dengan membuat satu video berkenaannya.

Menurutnya, syarikat penerbangan menetapkan ciri tersebut kerana mereka tidak mahu jika ada penumpang yang tidak bertanggungjawab membuang rokok yang sudah menyala ke dalam tong sampah seterusnya mencetuskan kebakaran.

Disebabkan itulah tempat membuang abu rokok terdapat di dalam pesawat walaupun larangan untuk merokok dalam pesawat dikuatkuasakan.

Di United Kingdom, merokok di dalam pesawat adalah dilarang sama sekali.

“Keperluan untuk kewujudan tempat membuang abu rokok di dalam tandas atau berhampiran pintu tandas adalah bagi memastikan bahawa masih terdapat tempat untuk membuang bahan sedemikian sekiranya polisi larangan merokok tidak dipatuhi oleh penumpang,” kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Pelbagai bencana telah berlaku berpunca daripada mereka yang merokok secara haram di dalam penerbangan.

Pada tahun 1973, satu kebakaran pernah tercetus di dalam penerbangan Varig Flight 820 yang berlepas dari Rio de Janeiro menuju ke Paris.

Kabin pesawat tersebut dilaporkan telah dipenuhi dengan kepulan asap sehingga menyebabkan juruterbangnya terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Perancis.

Jadi, atas sebab keselamatan, tempat membuang abu rokok sentiasa tersedia di dalam pesawat jikalau ada penumpang yang melanggar peraturan menghisap rokok ketika di dalam pesawat.

BACA: Pemandu grab terkejut duit tambang tiba-tiba jadi daun kering bila sampai rumah, rupanya ini penumpang yang naik tadi