Kartel terbesar hasilkan dadah dengan jenama Tesla dan Prada

Kartel terbesar hasilkan dadah dengan jenama Tesla dan Prada

Kartel terbesar hasilkan dadah dengan jenama Tesla dan Prada. Wow! Ada ke dadah jenama Tesla dan Prada? Gila tak gila, tapi itulah hakikaynya sekarang.

Kartel dadah paling terkenal di dunia, Sinalo menjenamakan semula dadah mereka hasil inspirasi daripada tokoh perniagaan Elon Musk dan pereka fesyen legenda Mario Prada, lapor Vice.

Dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Mexico, sebanyak 1.6 tan dadah berjaya dirampas dengan kebanyakan bungkusan dadah sudah diletakan dengan logo Tesla dan Prada.

Polis Mexico City menemui bungkusan dadah – terbesar dalam sejarah Mexico – dalam dua lori kontena ketika ia melalui pinggir bandar tersebut bersama-sama dengan kenderaan yang ditugaskan untuk melindungi penghantaran dadah terbabit.

Ketua Polis Mexico City Omar Harfuch ketika bercakap di hadapan media menyatakan bahawa serbuan ini adalah “rampasan kokain terbesar di Mexico City” dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Tambahnya lagi, kokain yang dirampas tersebut dianggarkan bernilai USD$20 juta (RM89 juta) atau kira-kira 400 Tesla Model 3s.

Kartel terbesar hasilkan dadah dengan jenama Tesla dan Prada

Difahamkan bahawa dadah itu tiba dari Colombia dan dalam perjalanan ke Tepito di pinggir bandar Mexico City untuk dijual bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa, terutamanya Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengelak untuk menuduh Sinaloa yang bertanggungjawab membawa masuk dadah tersebut. Namun melalui pemerhatian polis, lelaki yang ditahan “adalah anggota kumpulan penjenayah yang beroperasi di (negeri barat laut) Durango dan Sinaloa.” Media tempatan kemudiannya mengenal pasti mereka sebagai ahli Kartel Sinaloa.

BACA:

Kemalangan ngeri acara basikal Sukan Komanvel, pelumba sampai tercampak kena penonton

‘Saya nak curi tali je, tak tahu kambing ikut sekali dibelakang’

Apa dah jadi dengan Engku Emran dan Noor Nabila?

CATEGORIES