Kapasiti katil hospital hanya mampu bertahan 2 minggu sahaja

Kapasiti katil Lembah Klang bagi merawat pesakit COVID-19 hanya boleh menampung kira-kira dua minggu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, berkata sejak penubuhan Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley, pihaknya menambah kapasiti katil di antara 6,000 hingga 8,000 katil.

Katanya, walaupun jumlah pesakit COVID-19 di Lembah Klang mula menunjukkan penurunan, pihaknya tetap perlu membuat penambahan bilangan katil secara berterusan.

kapasiti

“Bulan ini Lembah Klang kita lihat pertambahan kes di antara 8,000 hingga 12,000 sehari. Namun, minggu ini ia mula menunjukkan penurunan kes. Purata di antara satu atau dua peratus pesakit baharu yang dikesan memerlukan rawatan lanjut di hospital.

“Berikutan itu, kita memerlukan 200 hingga 300 katil tambahan bagi menampung pesakit COVID-19 secara berterusan. Buat masa ini, (jumlah katil di Lembah Klang) boleh menampung selama dua minggu,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan hari ini.

Berita lanjut menyusul

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/850870/katil-cukup-untuk-dua-minggu-saja

BACA JUGA : Gempar !!! Muhyiddin akan letak jawatan jika calon PM lain ada majoriti

Artikel ini disiarkan pada 13/08/2021