Kapal Selam tentera laut hilang di lautan, usaha jejak 53 kru diteruskan

Kapal Selam tentera laut hilang di lautan, usaha jejak 53 kru diteruskan

Kapal selam milik Tentera Laut Indonesia (TNI) yang membawa 53 anak kapal dilaporkan hilang di perairan kira-kira 96.56 kilometer (km) dari utara Bali, hari ini.

Lapor Kompas, kapal selam yang hilang itu merupakan KRI Nanggala-402.

Panglima TNI, Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan berita kehilangan kapal selam buatan German yang dibina pada tahun 1979.

Katanya, KRI Nanggala-402 hilang dari utara Bali kira-kira pada pukul 3 pagi.

“Kapal selam itu terputus hubungan setelah memberi kebenaran untuk menyelam,” kata Hadi.

Beliau berharap agar kapal selam itu dapat dikesan segera.

Dalam pada itu, Hadi memberitahu, pihaknya meminta bantuan Singapura dan Australia yang memiliki kapal penyelamat untuk operasi pencarian KRI Nanggala-402.

“Setakat ini, kapal tersebut dipercayai berada di perairan kira-kira kedalaman 700 meter.

“Esok saya akan bertolak ke lokasi tersebut,” katanya.

Dilaporkan, KRI Nanggala-402 dijadualkan mengambil bahagian dalam latihan menembak peluru berpandu di laut Bali.

Latihan tersebut dijadualkan berlangsung esok

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/04/kapal-selam-tni-bawa-53-kru-hilang/