Kapal kontena buat hal, Terusan Suez tersekat

Oleh MHDAILY

Kapal kontena buat hal, Terusan Suez tersekat. Sebuah kapal kontena terkandas semasa belayar melalui Terusan Suez kelmarin dan menghalang kapal- kapal lain daripada memasuki laluan air tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.

Ia merupakan insiden kedua tahun ini melibatkan kapal kontena yang tersekat di terusan itu.

Ketika kejadian, kapal kargo milik Panama, Coral Crystal sedang menuju ke Port Sudan sebelum tersekat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Menurut laporan agensi berita Sky News Arabia, kapal tersebut berjaya diapungkan semula tidak lama kemudian dan Terusan Suez kembali dibuka.

kontena

Media tempatan melaporkan bahawa kapal kargo itu tersekat sejauh 53 kilometer di terusan Mesir itu dan usaha-usaha menyelamat dibuat semalam.

Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) terpaksa menangguhkan sementara kemasukan semua kapal di wilayah tersebut.

SCA berkata bahawa insiden itu ditangani dengan penuh profesional dan tidak mengakibatkan masalah trafik yang teruk.

Kapal Coral Crystal itu dilaporkan membawa 43,000 tan kargo.

Insiden itu merupakan insiden kedua membabitkan kapal kontena yang tersekat di terusan sama selepas kapal kontena Ever Given pada Mac lalu telah tersekat selama enam hari dan mengakibatkan kerugian besar kepada dunia.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/10/terusan-suez-kembali-tersekat/

BACA: Wanita cemas dirakam video oleh doktor dalam tandas klinik