Kapal angkasa dilancar hari ini untuk ‘rempuh’ asteroid

Kapal angkasa dilancar hari ini untuk ‘rempuh’ asteroid.Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melancarkan sebuah misi kapal angkasa yang akan merempuh sebuah asteroid bagi mengubah arah pergerakannya, hari ini, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Misi digelar DART atau Ujian Pengalihan Asteroid Berganda itu akan berlepas pada pukul 2.20 petang hari ini menggunakan roket SpaceX milik Falcon 9 dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

Liputan langsung acara itu akan disiarkan di NASA TV dan laman web agensi itu.

Ujian sebenar teknologi pemesongan asteroid itu dilaporkan akan dilakukan pada September 2022 apabila kapal angkasa itu sudah tiba ke destinasinya bagi melihat bagaimana ia memberi kesan kepada gerakan asteroid berhampiran Bumi di angkasa.

Sebelum ini, laporan menyebut bahawa letupan asteroid yang berjarak 10.1 juta kilometer dari Bumi akan berlaku antara 26 September dan 1 Oktober tahun depan.

Misi itu menyasarkan sebuah bulan kecil mengorbit asteroid Didymos dinamakan Dimorphos. Ini akan menjadi demonstrasi berskala penuh pertama agensi itu yang menggunakan teknologi tersebut dalam mempertahankan Bumi.

Tumpuan utama NASA dan organisasi angkasa lepas lain adalah untuk mengesan ancaman objek berhampiran bumi atau NEO yang berpotensi mendatangkan kemudaratan besar.

BACA: Harga sayur naik mencanak, warganet zahir keresahan

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Kapal angkasa dilancar hari ini untuk ‘rempuh’ asteroid […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Kapal angkasa dilancar hari ini untuk ‘rempuh’ asteroid […]