Kantoi !!! SSM sahkan Aman Palestin tak hantar laporan audit hampir 5 tahun

Disebabkan pihak Aman Palestin tak memberikan apa-apa bukti yang pihak SSM membenarkan mereka tangguh selama 5 tahun.

Aku telah email Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) di [email protected] bertanyakan tentang isu ini.

Bukan apa, aku sebagai peniaga yang tidak mengutip dana awam dikira lebih wajar mendapat menangguhan. Duit aku, aku punya suka lah! Kan?

Kalau urus duit orang pun boleh tangguh sampai 5 tahun, aku rasa amat wajar aku juga mendapat 10 tahun penangguhan.

Tapi, aku perlukan precedence dan bukti untuk aku mohon penangguhan.

Mohon kawan-kawan yang ada syarikat Sdn. Bhd. untuk sama-sama email ke SSM.

Ini peluang kita gang! Kalau tak, lewat sikit je terus dapat surat denda..

Sumber:

COMMENTS

Wordpress (0)