Kantoi buat bisnes sushi untuk cuci duit, wanita kena dakwa

Oleh MHDAILY

Kantoi buat bisnes sushi untuk cuci duit, wanita kena dakwa. Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.04 juta.

Norida Syakira Agus Yadi, 28, yang beralamat di Banting, Selangor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 8 Januari 2021 hingga 20 Jun 2021 menerusi akaun syarikatnya DSS Berkat Enterprise di Maybank Islamic Berhad cawangan Kuala Lipis, dekat sini.

Baca Artikel Penuh