Kanak-kanak mangsa dera di Chow Kit yang tular kini dicari Polis

Oleh MHDAILY

Kanak-kanak mangsa dera di Chow Kit yang tular kini dicari Polis.Polis Diraja Malaysia sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapanya di sekitar kawasan Chow Kit di sini hari ini.

Difahamkan, kanak-kanak malang tersebut dipercayai telah dilarikan bapanya ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendak menemu bual mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa pada Sabtu lalu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Pengadu merupakan seorang pegawai JKM yang mendapat maklumat daripada orang awam. Berdasarkan laporan, mangsa bersama neneknya didapati merayau di kawasan Chow Kit untuk mengemis.

“Pegawai JKM terbabit telah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa namun telah dibawa lari oleh seorang lelaki dipercayai bapa mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, JKM telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan berada di jalanan atau mana-mana premis bagi tujuan mengemis atau meminta sedekah.

“Polis juga sedang mengesan mangsa termasuk lelaki dipercayai bapanya dan neneknya untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook yang mendakwa seorang lelaki telah melakukan penderaan di kawasan sekitar Chow Kit pada Jumaat lalu.

Kanak-kanak

Menurut kenyataan yang dimuat naik seorang wanita di Facebook berkenaan, bapa mangsa merupakan seorang penagih dadah yang kematian isteri.

“Kanak-kanak perempuan tersebut berada dalam keadaan kusut masai dan air mata berjurai-jurai, di bawah matanya membengkak serta membiru ketika kanak-kanak itu menerpa ke arah saya dalam keadaan ketakutan.

“Bapa mangsa turut meletakkan harga RM6,000 untuk membayar harga kanak-kanak malang tersebut sebaik saya meminta untuk menyerahkannya,” jelasnya.

Tambah wanita tersebut, dia telah melaporkan kepada polis dan kereta peronda polis (MPV) dari Dang Wangi telah tiba di lokasi kejadian.

“Lelaki terbabit telah disoal siasat dan ketika itu kanak-kanak tersebut sedang memeluk erat serta memberitahu tidak mahu mengikuti lelaki berkenaan.

“Polis juga telah meminta saya untuk menjaga kanak-kanak itu untuk sementara waktu. Namun, ketika kanak-kanak perempuan itu sedang memeluk erat, lelaki tersebut telah merentap dengan kasar dan memarahi kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak tersebut terpaksa mengikuti lelaki terbabit dalam keadaan tidak rela,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/06/pdrm-kesan-kanak-kanak-perempuan-mangsa-dera/

BACA: Gempar !!! Sokongan terhadap PM makin goyah susulan pelantikan Muhyiddin