Kanak-kanak dua tahun bunuh diri dengan tak sengaja

Oleh MHDAILY

Kanak-kanak dua tahun di Texas meninggal dunia selepas menembak dirinya dengan senjata api yang ditemui dalam beg sandang milik ahli keluarganya.

Kejadian itu yang terbaharu dalam himpunan tragedi biasa berlaku ke atas kanak-kanak Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa.

Budak lelaki itu yang berasal dari bandar Waco parah di kepala dan dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, menurut kenyataan polis yang dikeluarkan pada Khamis.

Kanak-kanak dua tahun bunuh diri dengan tak sengaja

FOTO AFP.

Pasukan penyiasat percaya kanak-kanak malang itu membunuh diri secara tidak sengaja.

Sejurus tembakan berlaku, pemilik pistol terbabit melarikan diri bersama senjata api berkenaan, tetapi akhirnya pulang semula dan diberkas.

Suspek berusia 21 tahun sudah didakwa.

Menurut pertubuhan Everytown For Gun Safety, 765 orang terbunuh dan lebih 1,500 lagi cedera pada 2015 hingga 2020 dalam kejadian ‘tembakan tidak disengajakan’ oleh kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 111 orang terkorban pada tahun ini, dengan organisasi itu menggelarkan insiden sebagai ‘epidemik keganasan senjata yang memilukan’.

“Setiap tahun, ratusan kanak-kanak di AS mempunyai akses kepada senjata api yang diletakkan dalam almari dan laci, dalam beg atau yang dibiarkan terdedah.

“Kebiasaan tragik ini menyebabkan kanak-kanak yang menemui senjata cenderung tertembak diri sendiri atau orang lain,” kata kumpulan itu.

Perlembagaan AS memberi hak kepada rakyatnya untuk memiliki senjata api dengan 30 peratus penduduk dewasa negara itu memiliki sekurang-kurangnya satu senjata api.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/09/759043/kanak-kanak-dua-tahun-bunuh-diri

BACA JUGA : Pengerusi PKR Perak umum tanding lawan Peja