Kanak-kanak 6 tahun beli rumah bernilai RM4.4 juta, ramai terkejut

Oleh MHDAILY

Ketika kanak-kanak seusianya akan membeli peranti atau mainan namun Ruby McLellan memilih untuk membeli rumah pada usia hanya enam tahun.

Keputusan kanak-kanak itu ternyata mengejutkan banyak pihak kerana pada usia semuda itu dia sudah mahu memilik aset.

Ruby bersama abangnya, Gus menyimpan wang sejak kecil hasil daripada melakukan pelbagai pekerjaan termasuk membantu bapanya menjual buku.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻
Kanak-kanak 6 tahun beli rumah bernilai RM4.4 juta, ramai terkejut
RUBY McLellan.

Hasil simpanan itu membolehkan mereka membeli lot tanah yang sudah mempunyai rumah tetapi belum siap dibina.

“Nama saya Ruby dan berusia enam tahun. Kini saya dalam proses untuk membeli rumah pertama,” katanya kepada agensi berita 7News.

Bapanya, Cam McLellan seorang pakar hartanah mendedahkan setiap anaknya menyimpan AS$2,000 (kira-kira RM8,400) untuk pembelian tanah dan rumah itu.

Mereka kini sedang membina sebuah rumah di atas satu lot tanah di Clyde, tenggara Melbourne, dengan kos AS$671,000 (kira-kira RM2.8 juta).

McLellan menjangkakan nilai hartanah di kawasan itu akan meningkat menjadi dua kali ganda nilai asal dalam tempoh 10 tahun.

Pasaran hartanah Australia yang meningkat mendadak menyebabkan ibu bapa khuatir anak mereka kelak tidak mampu memiliki rumah sendiri apabila dewasa.

Secara purata, harga rumah dianggarkan bernilai AS$1 juta (kira-kira RM4.4 juta).

Harga rumah di Melbourne meningkat secara purata 19.5 peratus, dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Harga purata sebuah rumah pula dianggarkan berharga AS$953,000 (kira-kira RM4 juta).

BACA JUGA : 3 negeri dijangka alami hujan, ribut esok
Non Muslim sama-sama gotong royong cuci masjid tenggelam banjir di Klang