Kami tiada kuasa undang-undang paksa bank laksana moratorium – Tengku Zafrul

Pemimpin Umno Puad Zarkashi antara pengkritik yang kesal dengan kerajaan kerana tidak melaksanakan moratorium pinjaman ‘total’ dalam bantuan ekonomi terbaru bernilai RM40 bilion yang dilancarkan semalam.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut pada sidang media hari ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul berkata perkara itu telah dipersetujui oleh bank-bank dalam perbincangan mereka dengan Bank Negara Malaysia.

“Anda kena faham kerajaan tidak mengawal atau memiliki bank, betul tak?” katanya.

“Ini perbincangan antara Bank Negara dan bank-bank. Kami tidak memiliki kemampuan undang-undang untuk memaksa bank melakukan (apa yang kami mahukan),” katanya.

“Bawah Pemerkasa Plus, kami memberikan moratorium pinjaman automatik kepada golongan B40. Jika mereka layak, mereka dapat memperolehnya.

“Mereka yang kehilangan pekerjaan – termasuk mereka daripada golongan pertengahan M40 atau golongan Top20 – akan mendapat moratorium pinjaman mereka secara automatik,” katanya.

Peniaga kecil dan perusahaan sederhana (SME) yang tidak dibenarkan beroperasi ketika PKP Penuh layak mendapat moratorium pinjaman, katanya.

Mereka yang layak boleh memilih moratorium penuh sehingga tiga bulan atau mendapat pengurangan bayaran balik sebanyak 50 peratus selama enam bulan, katanya.

“Sekiranya anda dapat namakan saya satu negara yang telah melakukan ini, tolong lakukan,” kata Zafrul.

Puad tetap tabah walaupun tidak dicalonkan

Awal hari ini, Puad menyoal kenapa Putrajaya tidak memberikan moratorium pinjaman menyeluruh kerana PKP penuh akan memberi kesan kepada semua orang.

“Sepatutnya moratorium pukal. Inilah masalahnya bila bekas “banker” jadi menteri kewangan.

“Dia tetap mahu untungkan bank yang sudah pun untung walaupun di waktu Covid-19.

“Kalau mahu dikecualikan pun ialah syarikat besar, multi nasional dan jutawan,” dakwa Puad.

“Ini musibah bila parlimen tidak bersidang. Suara rakyat tidak sampai,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/577122