Kami pun payah nak dapat parking macamana Neelofa boleh parking di perkarangan mahkamah?,soal peguam

Kami pun payah nak dapat parking macamana Neelofa boleh parking di perkarangan mahkamah?,soal peguam

Peguam Negeri Sembilan mempertikaikan layanan istimewa diberikan kepada Neelofa dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail apabila kenderaan dinaiki mereka dibenarkan parkir dalam Kompleks Mahkamah Seremban, Khamis lalu.

“Mereka (peguam) mempersoalkan mengenai layanan istimewa apabila kenderaan pasangan itu dibenarkan memasuki dalam kawasan kompleks mahkamah, sementara individu yang lain pula perlu meletakkan kereta di kawasan parkir di bahagian luar mahkamah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz.

Katanya, aduan diterima Khamis lalu iaitu hari sama pasangan terbabit didakwa di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau berkata, pihaknya memajukan aduan itu kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah petang Jumaat lalu.

“Kita berharap pihak mahkamah akan memberi maklum balas dalam masa terdekat mengenai perkara terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada prosiding di Mahkamah Majistret Seremban Khamis lalu, kenderaan BMW dinaiki Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Nor, 32, dan Haris, 26, dibenarkan memasuki dalam kawasan kompleks mahkamah dan dibenarkan parkir di premis disediakan.

Difahamkan tempat parkir itu hanya untuk kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian hanya kepada orang awam (orang kurang upaya).

Malah, mereka turut mendakwa ada peguam pernah dimarahi oleh pengawal keselamatan apabila meminta untuk membawa masuk kenderaan ke perkarangan mahkamah dan mereka terpaksa patuh bagi menghormati integriti institusi itu.

Pada 20 Mei lalu, pasangan terbabit dituduh di mahkamah atas kesalahan gagal mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) apabila tidak membuat imbasan MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual dalam buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai, 2 Mei lalu.

Haris didakwa atas dua pertuduhan iaitu gagal mengimbas MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam, manakala Neelofa pula satu tuduhan tidak membuat imbasan MySejahtera di premis itu.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan diikat jamin RM15,000. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun.

Bewrita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/22/peguam-tak-puas-hati-bmw-neelofa-suami-dibenar-parkir-dalam-kawasan-mahkamah/