“Kami harap ayah dah tua makin sedar diri tapi sama je, aku pun cakap kat mak, kalau mak nak cerai dengan ayah, kami anak-anak okay je”

Hai admin. Mohon hide profile saya yaa. Saya bukan nak luah pasal masalah saya, saya cuma nak kongsi nasib tentang mak saya yang bertahun – tahun hidup dengan suami t0xic.

Saya kesiankan sangat mak saya, bertahun – tahun kahwin jarang -jarang dapat hadiah, pakaian semuanya mak saya yang beli sendiri.

Itu pon jarang sebab duitnya semua pergi ke perbelanjaan anak – anak.

Saya rasa tak pernah langsung tengok mak dapat reward diri sendiri dengan gaji dia. Setakat dapat tapau makan itu pon tetap kene beli untuk anak – anak.

Mak ayah saya dua – dua kakitangan kerajaan, tapi sejak ayah saya buat per4ngai berbelas – belas tahun dilu (ada perempuan lain) Semua tanggungjawab dia jadi culas.

Bil – bil dekat rumah kebanyakan mak saya bayar, duit – duit belanja keperluan anak kebanyakan mak saya juga bayar, ayah saya hanya sesekali menghulur macam nak raya ke atau kami ni nak sambung belajar ke baru la ayah hulur dalam RM1000 macam tu.

Baca Artikel Penuh